Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MP Gesa K’jaan Pahang...

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman meminta kerajaan Pahang menyemak semula projek-projek yang...

Terlalu Awal Kait Kematian...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat...

Keluarga Mangsa Kemalangan Terima...

AWAL pagi semalam, kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang berlaku di Desa Pinggiran...

Strategic Marine Lancar Bot...

KUALA LUMPUR - Strategic Marine, syarikat kejuruteraan dan pembinaan kapal, hari ini melancarkan...

30,787 Kes Covid-19 Dilaporkan Semalam

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan 30,787 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,741,986 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 608 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (7,525 kes), Kedah (2,927 kes), Kuala Lumpur (2,919 kes), Pulau Pinang (2,773 kes), Johor (2,220 kes), Negeri Sembilan (2,115 kes), Sarawak (1,963 kes) dan Kelantan (1,637 kes).

“Kes turut dilaporkan di Pahang (1,601 kes), Sabah (1,154 kes), Perak (1,469 kes), Terengganu (1,236 kes), Melaka (732 kes), Perlis (248 kes), Putrajaya (139 kes) dan Labuan (129 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.


Dalam masa sama, sebanyak 70 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,567 kes serta sebanyak 19 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,974 kes.

Sebanyak 314,420 kes aktif dilaporkan melibatkan 302,242 kes dikuarantin di rumah, 3,039 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,750 kes di hospital, 160 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 229 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori