WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 37 kanak-kanak terbunuh dan 50 lagi cedera di Ukraine dalam tempoh dua minggu negara itu diserang oleh tentera Rusia.
Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Catherine Russell berkata, lebih sejuta kanak-kanak terpaksa melarikan diri dari Ukraine.
“Serangan terhadap orang awam dan bangunan termasuk hospital, sistem sanitasi dan sekolah adalah tidak wajar.
“Ia harus dihentikan serta-merta,” kata Russell dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kanak-kanak di Ukraine amat memerlukan keamanan pada ketika ini dan nyawa mereka juga harus terus dilindungi.
UtusanOnline-