KUALA LUMPUR: Empat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, dekat Ampang Jaya, di sini, yang turut menyebabkan 15 kediaman terkesan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua kediaman dikatakan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat awal saksi menyatakan empat mangsa masih hidup berkemungkinan tertimbus dalam kejadian ini.
“Pegawai dan anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pandan digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 5.54 petang, sebelum tiba dan melakukan usaha menyelamatkan mangsa.
“Runtuhan berlaku juga mengakibatkan 10 kenderaan tertimbus,” katanya kepada BH sebentar tadi.
BHonline-