Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bayi 4 Bulan Koma:...

SEREMBAN – Polis akan merekodkan keterangan jiran pengasuh kepada bayi lelaki berusia empat...

Bekalan Air Lembah Klang...

SHAH ALAM : Pemulihan bekalan air di semua 463 kawasan terjejas di Lembah...

LHDN Sasar Kutipan Cukai...

PETALING JAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan untuk meraih kutipan cukai...

Jangan Sampai Berlaku Pertembungan...

KUALA LUMPUR - Peraturan mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan Ahli Parlimen tidak dibenarkan menggunakan...

400 Pengunjung Lihat Laut ‘Terbelah’ Di Langkawi

LANGKAWI : Lebih 400 pengunjung mengambil peluang menyaksikan sendiri fenomena ‘laut terbelah’ susulan kemunculan beting pasir sepanjang 600 meter di Pantai Tanjung Rhu, di sini hari ini.

Fenomena unik selama sejam mulai 7 pagi itu muncul sekali dalam setahun, selepas air laut di kawasan itu surut sehingga 0.1 meter.

Seorang pengunjung, Azliyanti Ahmad, 40, berkata dia tiba awal di kawasan itu bagi melihat kejadian yang jarang berlaku untuk dijadikan kenangan.

“Ia (kejadian) unik dan hanya berlaku sekali dalam setahun, jadi memang teruja sangat untuk datang ke sini dan berjalan santai di atas beting pasir.

“Kalau air pasang kawasan ini kedalamannya kira-kira 3.5 meter, tidak mungkin kita dapat melihat habitat hidupan marin,” katanya ketika ditemui di sini.

Pemandu pelancong yang juga Pencinta Alam Sekitar, Zoher Mustan, 57, berkata kali ini air laut surut pada paras 0.1 meter, berbanding tahun lalu 0.0 meter.

“Ia berlaku setahun sekali dan mulai 7 pagi pengunjung boleh berjalan atas beting pasir sejauh 600 meter ke Pulau Chabang dan Pulau Kelam Baya.


“Ini antara keunikan di pulau legenda ini dan dinantikan penduduk tempatan serta pelancong yang mengetahuinya menerusi media sosial,” katanya.

Turut meninjau fenomena air surut itu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Mutalib.

“Ia (fenomena) boleh dipasarkan secara meluas kerana pengalaman orang ramai berjalan atas beting pasir sejauh 600 meter hanya ada di sini (Tanjung Rhu),” katanya ketika ditemui, di sini.

Sebahagian 400 pengunjung berjalan atas beting pasir sejauh 600 meter bagi melihat fenomena laut ‘terbelah’ di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi.

2. Pengunjung, Azliyanti Ahmad, 40, menunjukkan tapak sulaiman yang ditemuinya ketika berjalan di atas beting pasir sejauh 600 meter di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori