Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

AirAsia Mansuh Fi KLIA2,...

KUALA LUMPUR - AirAsia Group Bhd. akan menghentikan kutipan fi RM3 bagi kesemua...

Dasar Pandang Ke Timur:...

TOKYO - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan meneruskan Dasar Pandang ke...

Kuih Tradisional Jadi Inspirasi...

JENAMA dUCk Scarves bukan lah satu jenama yang asing lagi dalam dunia fesyen...

Tolak Offer Berlakon Punca...

PETALING JAYA - Pelakon Amyra Rosli menjelaskan gosip yang mengatakan dia mula bersikap...

5 Negeri Dilanda Hujan Lebat, Ribut Petir

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, keadaan cuaca tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam ini.

“Bagi negeri Perak, kawasan yang terlibat ialah Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Padang dan Muallim.

“Sementara di Pahang melibatkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron dan Lipis. Bagi negeri Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang,” katanya di sini hari ini.


Mengulas lanjut, kebanyakan kawasan di ibu negara dan Putrajaya turut dilaporkan akan mengalami keadaan cuaca sama.

“Amaran ini turut dikeluarkan bagi negeri di Negeri Sembilan yang melibatkan kawasan Seremban, Kuala Pilah dan Rembau,” jelas kenyataan tersebut.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori