Johor Bahru : Sejumlah 64 peratus petugas barisan hadapan terdiri polis dan tentera serta pasangan yang mengundi awal hari ini, keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat jam 1 tengah hari tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memaklumkan sebanyak 63 pusat mengundi membabitkan 83 saluran dibuka bermula jam 8 pagi bagi proses pengundian awal PRN Johor.
Sebanyak 29 pusat mengundi awal sudah ditutup jam 12 tengah hari tadi dengan 21 lagi ditutup jam 2 petang ini, manakala 24 pusat mengundi awal lagi akan ditutup jam 5 petang ini.
Sebanyak 83 saluran yang disediakan di premis PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti di dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kem tentera.
-Harian Metro