Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Operasi Kereta Api Bukit...

GEORGETOWN : Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan ditutup 12 hari pada...

Akta LLM Akan Dipinda...

BAGAN SERAI - Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 akan dipinda sebagai usaha...

PRK Semenyih: Hari Penamaan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh 16 Februari iaitu Sabtu...

Peserta Shanghai Dinobatkan Miss...

PETALING JAYA - Yin Zhuo Qun dari Shanghai, China dinobatkan sebagai Miss Chinese...

Abang Johari Positif Jangkitan COVID-19

MIRI : Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, disahkan positif COVID-19 malam tadi, kata Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-Kanak dan Masyarakat Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau mengumumkan demikian ketika berucap dalam sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Hotel Pullman Miri, hari ini.

“Beliau (Tan Sri Abang Johari) memohon maaf kepada semua tetamu yang hadir pada hari ini kerana tidak dapat merasmikan acara bagi mengiktiraf peranan wanita ini,” jelasnya.

Menurut Fatimah, beliau menerima berita Abang Johari disahkan positif COVID-19 pada jam 9 malam tadi sekaligus membuatkan beliau tidak dapat menghadiri acara sambutan hari wanita pada hari ini.

Beliau dalam pada itu meminta agar rakyat Sarawak berdoa agar Premier Sarawak cepat sembuh dari penyakit berbahaya ini bagi membolehkan beliau memberikan khidmat buat rakyat negeri ini seperti biasa.


Adalah difahamkan bahawa Abang Johari dijadualkan menghadiri sekaligus merasmikan sambutan hari wanita di Miri hari ini.

Pejabat Premier Sarawak dalam pada itu hari ini mengesahkan Abang Johari disahkan positif COVID-19 sejak semalam dan sedang menjalani kuarantin kendiri selama 5 hari.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori