Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Kekang Bocor Rahsia,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dan beberapa peralatan komunikasi dalam...

Membina Aktivis Kemanusiaan Acuan...

SESUAI dengan empat belas tahun penubuhannya sejak 2004, Islamic Relief Malaysia (IRM), kekal...

Cucuk Sanggul Pengantin Tersangkut...

JAKARTA – Detik serius sebuah majlis perkahwinan di Jawa Barat, Indonesia bertukar jenaka...

Melaka Tunggu Ujian Kedua...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka membuat ujian makmal kedua bagi menyiasat dakwaan terdapat...

Agensi Kesihatan UK Syor Dos Penggalak Dua Kali Setahun

LONDON: Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memberi bayangan rakyat Britain berkemungkinan memerlukan dos penggalak vaksin COVID-19 dua kali setahun pada masa depan.

Daily Mail melaporkan, Ketua Eksekutif UKHSA, Dr Jenny Harries, berpandangan ‘kumpulan tertentu’ yang paling berisiko dalam masyarakat masih memerlukan suntikan dos penggalak.

“Britain ketika ini masih berada dalam ‘tempoh tidak menentu’ meskipun semua sekatan sudah ditarik balik sebulan lalu.

“Pasukan pakar juga tidak dapat meramalkan tempoh varian baharu boleh berlaku dan sejauh mana kesan imuniti vaksin sedia ada terhadapnya,” katanya.

Kira-kira lapan juta penduduk termasuk golongan berusia 75 tahun ke atas, penghuni rumah jagaan dan individu lemah imun berumur 12 tahun ke atas kini layak mendapat suntikan dos keempat vaksin COVID-19.

Dilaporkan, dos kelima malah suntikan keenam vaksin mungkin akan dilaksanakan pada musim luruh ini.

Harries yang hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), diminta mengulas sama ada dos penggalak akan terus diberikan kepada penduduk setiap enam bulan.

Beliau bagaimanapun enggan menafikan dos penggalak akan terus diberikan selepas suntikan keempat vaksin COVID-19.


“Pandemik belum berakhir, jadi untuk tempoh 18 bulan akan datang atau dua tahun lagi, saya rasa ia akan menjadi tempoh yang tenang,” katanya.

Selain itu, Menteri Kesihatan Eropah turut menggesa eksekutif blok itu menyokong suntikan dos keempat vaksin COVID-19 untuk individu berumur lebih 60 tahun.

ia bertujuan meningkatkan imuniti sekiranya tiada vaksin yang melindungi secara khusus daripada varian Omicron.

Amerika Syarikat (AS) juga meluluskan penggunaan dos penggalak COVID-19 kedua daripada dua vaksin bagi individu berusia 50 tahun ke atas.

Agensi Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA), berkata dos keempat itu akan menggunakan vaksin Pfizer dan Moderna serta diberikan sekurang-kurangnya empat bulan selepas dos sebelumnya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori