Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Adi Putra Mengaku Kahwin...

PELAKON Adi Putra yang namanya menjadi hangat baru-baru ini gara-gara berkahwin dua secara...

5 Tahun Penjara Kerana...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima...

Hanya Jaga Keselamatan, Bukan...

SUSULAN insiden kemunculan kira-kira 20 individu tak dikenali yang menghalang sidang media oleh Naib...

Golongan Muda Dilarang Beli...

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand bercadang untuk melarang golongan muda daripada membeli rokok seumur...

Agong Perkenan Terima Kunjungan Bekas PM Jepun

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan menerima kunjungan Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dalam Politik Ekonomi.

Menerusi kenyataan media Istana Negara, Al-Sultan Abdullah telah menganugerahkan ijazah tersebut kepada Shinzo dalam sebuah majlis di Istana Negara sekitar jam 3.30 petang tadi.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Shinzo Abe atas penganugerahan itu daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada beliau.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Shinzo dan kerajaan Jepun sempena Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur (DPT) Malaysia dan 65 tahun penubuhan hubungan diplomatik Malaysia dan Jepun,” katanya menerusi kenyataan itu.

Turut hadir menyaksikan penganugerahan itu adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob; Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan Pengerusi Majlis Konvokesyen UIAM, Prof Dr. Mohd. Faris Ismail.


Dalam kenyataan yang sama, dimaklumkan sesi menghadap itu merupakan pertemuan kali kedua bagi Yang di-Pertuan Agong dan Shinzo.

“Pertemuan kali pertama berlangsung pada 23 Oktober 2019 sempena lawatan khas Yang di-Pertuan Agong menghadiri istiadat Pertabalan Maharaja Jepun ke-126, Maharaja Naruhito di Istana Imperial, Tokyo, Jepun.

“Shinzo kini dalam rangka lawatan tiga hari, bermula semalam (10 Mac 2022), ke Malaysia sempena Ulang Tahun ke-40 DPT,” jelasnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori