Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Keracunan Alkohol, Jabatan Kastam...

SANDAKAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memeriksa 149 premis yang menjual minuman...

“Bukan Dayus, Shuib Berterus-Terang...

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik gambar motosikal Ysuku...

Konsortium Hospital Pengajar University...

PUTRAJAYA - Sebuah Konsortium Hospital Pengajar Universiti Awam ditubuhkan dengan kerjasama lima hospital...

2017 Jadi Tahun Lebih...

PETALING JAYA - Perdagangan dunia diunjurkan lebih rancak pada 2017 dan akan membantu...

Air Selangor Dukacita Kejadian Korban Nyawa Pekerja Kontraktor

KUALA LUMPUR : Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melahirkan rasa dukacita atas kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, semalam, yang mengorbankan empat nyawa termasuk seorang daripada pekerja kontraktor lantikan syarikat itu.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri, memaklumkan ketika kejadian, enam pekerja kontraktor lantikan berkenaan berada di kawasan itu bagi melaksanakan pemeriksaan tapak dan kerja pembaikan paip injap.

“Salah seorang daripada pekerja kontraktor lantikan kami terperangkap dan tidak berjaya untuk melepaskan diri.

“Susulan usaha mencari dan menyelamat, mangsa dijumpai dan dibawa ke Hospital Ampang untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, petang semalam, empat maut dan seorang cedera ringan, selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kelima-lima mangsa yang dilaporkan tertimbus itu bermula sebaik Balai Bomba dan Penyelamat Pandan menerima panggilan kecemasan pada 5.54 petang dan ditamatkan kira-kira jam 2 pagi selepas semua mangsa ditemukan.


Elina berkata, Air Selangor menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan semua warga kerjanya, termasuk termasuk pekerja kontraktor lantikan semasa melakukan tugasan di tapak.

“Kami akan terus bekerjasama bersama pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan bagi membantu pekerja kontraktor lantikan kami yang terkesan susulan insiden ini,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori