Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kerana Tatu & Teguk...

AKIBAT mengamalkan kehidupan sosial yang terlampau bebas, anak lelaki kepada seorang pelakon era...

1,889 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,889 kes baharu Covid-19, hari...

Syed Ali Pula Sifatkan...

Petang tadi, Mynewshub menyiarkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang...

Tidak Boleh Lewat Seminit...

SEPANG - Kelewatan walaupun seminit dalam mengendalikan operasi syarikat pengangkutan rel Arab Saudi,...

Akses Instagram Disekat Di Rusia

MOSCOW – Pengguna Instagram di Rusia tidak dapat melayari laman media sosial itu hari ini selepas Moscow dilaporkan menuduh syarikat induknya, Meta, sebagai membenarkan muat naik berbentuk keganasan disuarakan terhadap negara itu.

Tindakan itu diambil selepas akses terhadap Facebook dan Twitter turut disekat di Rusia awal bulan ini sebagai sebahagian daripada langkah Moscow untuk mengawal penyebaran maklumat mengenai operasi ketenteraannya di Ukraine.

Laman Instagram di Rusia hari ini muncul dalam senarai sumber online yang disekat oleh badan pengawal selia media Rusia, Roskomnadzor.

Facebook dan Instagram digunakan secara meluas di Rusia dan menjadi platform media sosial paling popular dalam kalangan golongan muda negara itu.


Bagi kebanyakan perniagaan kecil pula, Instagram merupakan platform utama untuk pengiklanan, jualan dan komunikasi bersama pelanggan.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori