Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Md Alwi Che Dilantik...

KOTA BHARU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi...

“Bukan Saja Hero Negara,...

SEPANJANG perlawanan bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini, nama N. Thanabalan...

‘Undangan Kahwin Dengan Azwan...

BARU-BARU ini, tersebar satu gambar lucu di media sosial yang memaparkan 'kad undangan...

Rasakan.. Kena Maki Parkir...

SEKARANG ini agaknya memang dah jadi trend, apabila ada kereta yang diletakkan secara...

Amaran Hujan Lebat Di Kuala Lumpur, Selangor Dan 4 Negeri Petang Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di enam negeri pada petang ini sehingga pukul 8 malam nanti.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, amaran ribut petir telah dikeluarkan melibatkan negeri Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Hujan lebat serta ribut petir dilihat sedang tertumpu di sekitar Kampar dan Hilir Perak di Perak.

“Di Pahang, kawasan yang dijangka mengalami situasi yang sama adalah Tanah Tinggi Cameron dan Rompin serta keseluruhan Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.


Sementara itu, MetMalaysia turut meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di Seremban dan Rembau, Negeri Sembilan.

Manakala bagi negeri Sarawak, hujan serta ribut petir hanya dijangka akan berlaku di sekitar bahagian Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Marudi).

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori