Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PH Kedah Umum Senarai...

ALOR SETAR – Pakatan Harapan yang menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP,...

Zakir Naik: Polis Masih...

KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu keputusan dan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam...

Dr. Zakir Naik: Budak...

"Masa kecil saya mengalami masalah gagap teruk hingga sukar untuk menyebut nama sendiri....

Gambar Perkahwinan Angelina Jolie...

PASANGAN pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt akhirnya berkahwin selepas beberapa tahun berkongsi...

Anggota PGA Maut Dipercayai Ditembak

Miri : Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat Koperal ditemukan maut dengan kesan tembakan pada rusuk kiri di dalam kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya di Jalan Riam, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari ketika dihubungi hari ini mengesahkan kes terbabit dan setakat ini disahkan sebagai kes mati mengejut (SDR).

“Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini.

“Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat,” katanya.


Terdahulu, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke lokasi kejadian selepas menerima makluman berhubung kejadian pada jam 7.50 malam.

Pada mulanya, insiden ini disangka hanya kemalangan memandangkan kenderaan dipandu mangsa melanggar sebatang pokok tepi jalan.

Namun pemeriksaan lanjut menemukan kesan tembakan pada bahagian rusuk kiri mangsa.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori