Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tragedi Mercun: 2 Mangsa...

SETIAP kali di bulan Ramadan atau menjelang Aidilfitri, pasti ada sahaja kes kecederaan akibat...

Maut Ditimpa 6 Tan...

TOKYO - Belum pernah berlaku peminat majalah lucah maut ketika baca penerbitan tidak...

Lelaki Kejam Pukul, Bakar...

JOHOR BAHRU: Seekor anjing liar bukan sahaja dipukul, malah dibakar hidup-hidup oleh seorang...

Pesara Kerajaan Boleh Berperanan...

KOTA KINABALU - Pesara kerajaan boleh memainkan peranan membantu kerajaan Barisan Nasional (BN)...

Angkasawan Russia Ke ISS Pakai Sut Kuning Warna Bendera Ukraine

NEW YORK: Tiga angkasawan Russia tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) semalam dengan memakai sut kuning berjalur biru, yang kelihatan mirip kepada warna bendera Ukraine.

Mereka termasuk angkasawan Perbadanan Angkasa Lepas Russia Roscosmos iaitu Oleg Artemyev, Denis Matveyev dan Sergey Korsakov, yang juga kumpulan pertama tiba di stesen angkasa sejak perang Russia di Ukraine bermula bulan lalu.

Mereka berlepas dengan kapal angkasa Soyuz MS-21 dari tapak pelancaran Baikonur yang dipajak Russia di Kazakhstan pada 8.55 malam (11.55 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba selepas tiga jam.

Sejurus kemudian, mereka menyertai dua lagi angkasawan Russia, empat angkasawan Amerika Syarikat (AS) dan seorang dari Jerman di pos luar yang mengorbit.

Satu video yang diambil Artemyev ketika kapal angkasa bersedia untuk berlabuh menunjukkannya memakai sut penerbangan itu, namun menjelaskan ia pilihan setiap kru.

“Kali ini adalah giliran kami untuk memilih warna tetapi secara kebetulan kami mempunyai banyak stok bahan berwarna kuning dan perlu menghabiskannya. Jadi, sebab itu kami terpaksa memakai sut kuning,” katanya.

Sejak perang bermula, orang ramai menggunakan warna kuning dan biru bendera Ukraine untuk menunjukkan solidariti dengan negara diceroboh Russia itu.


Terdahulu, Ketua Roscosmos, Dmitry Rogozin, secara berseloroh memberi amaran bahawa AS perlu menggunakan ‘batang penyapu’ untuk terbang ke angkasa lepas jika Russia berhenti membekalkan enjin roket kepadanya.

Bagaimanapun, Pentadbir NASA, Bill Nelson, menyatakan itu adalah sifat semula jadi Rogozin dan beliau pasti akan kembali bekerjasama semula dengan AS.

“Orang lain yang bekerja dalam program angkasa awam Russia adalah profesional dan mereka serasi dengan semua rakan sekerja dari negara lain.

“Apabila di angkasa lepas, kami boleh bekerjasama amat baik dengan rakan Russia kami dan rakan sekerja lain,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori