Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

PAS Hadapi Cabaran Besar...

MUADZAM SHAH - PAS menghadapi cabaran besar untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada...

Pencemaran Sungai Gong, 2...

SELAYANG - Dua beranak yang juga ahli lembaga pengarah sebuah syarikat pembaikan jentera...

Air Dari Sungai Buah,...

SEREMBAN - Limpahan air dari Sungai Buah berhampiran Hentian Sebelah Nilai arah Utara...

Lengan Kiri Hancur Digilis...

BINTULU: Lengan kiri seorang pekerja lelaki di sebuah kilang sawit di Jalan Tanjung...

Angkat Sumpah Exco Johor Sabtu Ini

JOHOR BAHRU : Majlis angkat sumpah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor yang baharu akan diadakan pada Sabtu ini setelah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan perkara itu melalui entri terbaharu di Facebook miliknya selepas menghadap Sultan Ibrahim, hari ini.

“Sultan Ibrahim titah perkenan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Exco akan diadakan pada hari Sabtu, 26 Mac 2022 di Balai Menghadap Istana Bukit Serene,” katanya di sini hari ini.

Exco kerajaan negeri Johor dijangka dibarisi sebahagian besar muka baharu apabila hanya dua daripadanya yang menjadi ahli MMK pada pentadbiran Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad masih bergelar wakil rakyat dan mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali serta ADUN Kahang, R. Vidyananthan, manakala Onn Hafiz kini adalah Menteri Besar menggantikan Hasni.

Onn Hafiz, 44, mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor ke-19 di hadapan Sultan Ibrahim pada 15 Mac lalu setelah menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam istiadat di Istana Bukit Serene.


Beliau sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor dan amat aktif dalam pergerakan generasi muda.

Sehari selepas Onn Hafiz mengangkat sumpah, Sultan Ibrahim menitahkan calon-calon Ahli MMK Johor yang bakal dilantik perlu membuat pengisytiharan harta dan melalui semakan latar belakang yang menyeluruh dengan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jika ada yang tidak terpilih menjadi Ahli MMK jangan kecil hati. Semua boleh memberi perkhidmatan yang sebaiknya. Mana-mana Exco yang tidak mampu melaksanakan tugas mereka kelak, maka Menteri Besar perlu segera menggantikan Exco berkenaan,” titah baginda.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori