Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Rapat Dengan Neelofa, Fattah...

KUALA LUMPUR - Pelakon Fattah Amin memberitahu dia belum memikirkan untuk melangkah ke...

Pasar Basah Dinaik Taraf...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang untuk menaik taraf pasar basah di...

Malaysia Cadang Tingkat Kerjasama...

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata sudah...

Perak Penuhi Permintaan Pelancong...

IPOH - Perak kini dapat memenuhi permintaan pelancong tempatan dan antarabangsa yang menginginkan...

Armenia Desak Russia Bertindak Terhadap Pencerobohan Azerbaijan

YEREVAN: Armenia hari ini menggesa pasukan pengaman Russia di Nagorno-Karabakh mengambil langkah sewajarnya selepas pasukan Azerbaijan menawan perkampungan strategik di wilayah bergolak itu.

Dalam siri ketegangan terbaru di wilayah berkenaan, ketika gerakan ketenteraan Russia di Ukraine, tentera Azerbaijan Khamis lalu menawan sebuah kampung di Farukh, Nagorno-Karabakh.

Kawasan itu di bawah seliaan pasukan pengaman Russia, yang ditempatkan di Karabakh menerusi perjanjian gencatan senjata diterajui Moscow, yang menamatkan pertembungan di wilayah terbabit antara Armenia dan Azerbaijan pada akhir 2020.

Kementerian Luar Armenia, dalam satu kenyataan semalam, menuntut siasatan dilakukan terhadap tindakan pasukan pengaman Russia ketika pencerobohan Azerbaijan, sekali gus mengesahkan kewujudan askar Azerbaijan di kawasan itu.

“Kami berharap kontinjen pengaman Russia di Nagorno-Karabakh mengambil langkah kukuh ke arah menamatkan pencerobohan unit Azerbaijan di zon yang menjadi tanggungjawab pasukan pengaman itu,” katanya.


Majlis Keselamatan Armenia kemudian mendakwa Azerbaijan mendalangi tindakan mencetuskan provokasi baharu dan serangan di Nagorno-Karabakh.

Sehubungan itu, Baku didesak memulakan rundingan perjanjian aman yang komprehensif.

“Mekanisme bagi mengekang sebarang kemungkinan pada peringkat antarabangsa perlu diaktifkan demi menangani tindakan ketenteraan yang baharu di wilayah berkenaan dan risiko pembunuhan etnik,” menurut kenyataan sama.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori