Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Yana Buat Rawatan Kesuburan...

PELAKON dan pengacara, Yana Samsudin mengakui melakukan kaedah perubatan alternatif menerusi rawatan kesuburan...

Skuad Hoki Muda Negara...

JOHOR BAHRU - Skuad Projek 2016 negara terus menanggung derita apabila tewas kepada...

Johor Peruntuk RM20 Juta...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri mewujudkan Dana Bencana Khas dengan peruntukan RM20 juta...

Jari Kelengkeng ‘Dimakan’ Parang...

KUALA LUMPUR - “Saya terpaksa menepis parang tajam itu menggunakan tangan kosong. Jika tidak...

Artis Nasyid Ditahan Miliki ‘Ladang Mini’ Pokok Ganja

PETALING JAYA: Seorang penyanyi nasyid yang juga komposer terkenal, ditahan polis selepas terbongkar ‘ladang mini’ tanaman ganja yang diusahakan dalam unit kondominium didiaminya dekat Kota Damansara di sini, petang semalam.

Suspek berusia 47 tahun itu ditahan bersama 17 pasu pokok ganja, yang dipercayai ditanamnya sejak dua bulan lalu. Selain itu, polis turut merampas ketulan mampat ganja seberat 214 gram.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 5.30 petang semalam, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Ketulan mampat ganja bernilai RM10,700 itu ditemui di bahagian dapur dalam bekas plastik berwarna biru dan hitam yang diletakkan di atas kabinet dapur.

“Pemeriksaan lanjut di sebelah bahagian dapur rumahnya pula, polis menemui satu almari kain berwarna hitam yang di dalamnya terdapat tiga pasu pokok disyaki ganja,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata, selain itu, polis juga menemui 13 pokok dalam pasu disyaki ganja yang ditempatkan dalam sebuah bilik dan satu pasu yang diletakkan di balkoni kediaman tersebut.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadapnya juga mendapati suspek positif dadah jenis THC (ganja),” katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri.


“Kita percaya suspek tanam sendiri pokok terbabit, namun kita masih menyiasat dari mana benih tanaman itu diperolehnya.

“Kita juga percaya suspek ini sudah terlibat dengan penagihan dadah selama 10 tahun dan dia mempelajari cara menanam pokok terbabit menerusi media sosial,” katanya.

Beliau berkata, susulan penemuan itu, polis merampas pelbagai alatan penanaman tumbuhan berkenaan antaranya cecair pemusnah serangga, penyukat suhu, lampu pelbagai jenis dan alat pengudaraan.

“Dalam serbuan itu, polis juga merampas kereta milik suspek iaitu Toyota Wish dan wang tunai bernilai RM40,700.

“Nilai keseluruhan rampasan adalah RM61,600 dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B, Akta Dadah Berbahaya 1952, yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori