Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Najib Mohon Dapatkan Salinan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 24 Februari untuk...

Ahmad Bashah Ziarah Keluarga...

​​​JITRA - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini...

Mandzukic Gantung But Croatia

ZAGREB - Penyerang Croatia, Mario Mandzukic mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa sebulan...

Edika Yusof Pendam Hasrat...

PETALING JAYA - Pelakon era 1990-an iaitu Edika Yusof berkata hasrat untuk kembali aktif...

AS Lulus Dos Keempat Vaksin Covid-19 Untuk Individu 50 Tahun Ke Atas

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meluluskan suntikan dos keempat vaksin Covid-19 bagi individu berusia 50 tahun ke atas di negara itu.

Pemberian dos keempat itu sama ada melibatkan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech atau Moderna.

Keputusan itu dibuat ketika pihak berkuasa memberi amaran mengenai kemungkinan gelombang baharu jangkitan Covid-19 yang didorong oleh varian BA.2.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) menerusi kenyataan memaklumkan keputusan itu dilakukan setelah mengambil kira bukti menunjukkan dos penggalak tambahan mampu meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan Covid-19 yang teruk.

Selain itu, jelasnya, individu mengalami masalah imun yang sudah menerima empat suntikan, sekurang-kurangnya empat bulan lalu, kini layak menerima dos kelima.


Ia termasuk individu yang hidup dengan pemindahan organ tertentu.

Vaksin Pfizer akan diberikan kepada individu berusia 12 tahun ke atas yang mempunyai masalah imun manakala vaksin Moderna pula kepada mereka berumur 18 tahun ke atas.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori