Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan...

PUTRAJAYA - Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan...

“Saya Tidak Mahu Lagi...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Apakah Air Percuma Di...

1. AZMIN bersetuju dengan dakwaan Tun M bahawa BRIM adalah rasuah. Ia berbeza...

VIDEO: Sebijik La! Ariana...

Penyanyi kecil molek, Ariana Grande sememangnya bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian malah...

AstraZeneca Hasilkan Ubat Pertama Cegah Covid-19

LONDON : Syarikat farmaseutikal AstraZeneca menghasilkan ubat pertama yang dapat menghalang orang ramai daripada dijangkiti Covid-19.

Lapor Daily Mail, ubat antibodi yang diluluskan di United Kingdom (UK) itu berupaya menyelamatkan 500,000 rakyat Britain yang mengalami imunosupresi dan bertindak balas dengan baik terhadap vaksin Covid-19.

Evusheld didapati mampu mengurangkan risiko individu mendapat gejala simptomatik Covid-19 sekitar 80 peratus bagi tempoh enam bulan, semasa ujian klinikal dilakukan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan UK belum membuat sebarang tempahan, walaupun ubat tersebut sudah digunakan kepada individu berisiko di Amerika Syarikat, Disember lalu.

Agensi Pengawal Selia Produk Ubat-Ubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) yang meluluskan Evusheld menjelaskan ubat tersebut didapati mempunyai ‘perlindungan tahan lama’.

Namun, difahamkan pegawai kesihatan membimbangi ubat itu tidak mampu bertindak balas baik terhadap varian Omicron atau subvarian BA.2.

Pasukan Petugas Terapeutik yang bertanggungjawab memperoleh ubat Covid-19 terlibat secara aktif dalam perbincangan dengan AstraZeneca.

Pihak Kanser Darah UK turut meminta pihak menteri menjelaskan sama ada mereka berhasrat menggunakan ubat tersebut.

Evusheld digunakan melalui dua suntikan pada masa sama dan menggunakan antibodi dikenali sebagai protein imun yang diubah suai dalam makmal bagi menjadikannya tahan lebih lama.


Walaupun vaksin melatih badan mengumpulkan tindak balas sendiri terhadap Covid-19, ubat tersebut akan melangkau proses itu dan menjadikan antibodi mudah didapati.

Ketua Pegawai Eksekutif MHRA, Dr. June Raine berkata, pihaknya mengesahkan dan memberi kelulusan penggunaan ubat itu bagi membantu mencegah jangkitan Covid-19 selepas semakan teliti data dilakukan.

Jelasnya, Evusheld adalah rawatan ‘profilaksis prapendedahan’ bermakna ia diambil untuk mencegah Covid-19, sebelum risiko mendapat jangkitan.

“Satu dos didapati memberikan perlindungan berpanjangan terhadap penyakit ini sehingga tempoh enam bulan.

“Vaksin masih merupakan ‘pertahanan barisan pertama’, namun sesetengah individu mungkin tidak bertindak balas secukupnya terhadap vaksin.

“Evusheld boleh memberikan perlindungan berkesan terhadap Covid-19,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori