Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Isu Sawit: Serangan EU...

KUALA LUMPUR - Serangan Kesatuan Eropah (EU) terhadap penggunaan minyak sawit adalah disebabkan...

‘Camp Fire’ Akhirnya Berjaya...

LOS ANGELES - Kebakaran hutan terburuk di California, dikenali sebagai ‘Camp Fire’ akhirnya...

Video: Lelaki Meraung Seret...

TRAGIS... Seorang lelaki tidak dapat menahan sebak dan hanya mampu meratap menyalahkan dirinya...

Jurufoto Norway Bertuah Terjumpa...

SEORANG jurufoto dari Norway berjaya merakam gambar seekor anak rusa putih yang disaksikan...

Baharudin Dilantik Ketua JSJ Selangor

Shah Alam : Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor bakal disandang oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkuatkuasa April depan.

Baharudin yang mula menerajui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 1 Februari 2018 itu akan mengisi kekosongan jawatan terbabit dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Beliau juga menggantikan Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang dilantik sebagai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 15 Disember tahun lalu.

“Saya menerima arahan petang semalam (dari Bukit Aman). Saya akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebagai Pemangku SAC dengan jawatan KJSJ Selangor.

“InsyaAllah, saya akan melaporkan diri pada April nanti,” katanya ketika ditemui selepas Sambutan Peringatan Hari Polis ke 215 Tahun 2022 di Perkarangan IPD Shah Alam, di sini, hari ini.

Difahamkan Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu-Lintas) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim bakal menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam.

Mengulas mengenai sambutan kali ini, beliau dan pasukan melahirkan kesyukuran kerana sambutan kembali seperti sediakala sebagaimana sebelum pandemik Covid-19.

“Sambutan tahun ini, kita bersyukur Alhamdulillah kerana sambutan hampir sama seperti sebelum Covid-19.


“Dalam majlis ini, polis turut menghargai jasa orang awam di mana seramai 31 individu diberikan surat penghargaan kerana bersama-sama polis dalam mencegah jenayah, dalam isu Covid-19, bencana dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, indeks jenayah di kawasan pentadbiran IPD Shah Alam menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu dalam tempoh sama.

“Sejak awal Januari tahun ini sehingga semalam, indeks jenayah menunjukkan penurunan kes sebanyak 83 kes atau 33.3 peratus.

“Secara keseluruhannya, dalam tempoh sama, sebanyak 166 kes tahun ini manakala 249 kes tahun lalu. Kita berjaya menangani pelbagai kes jenayah dan akan terus berusaha mengekangnya,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, dari sudut positif media membantu polis mendapatkan maklumat awal mengenai kejadian jenayah dan salah laku.

“Saya bersetuju, dengan adanya media sosial, membantu polis (mendapatkan maklumat kejadian) contohnya apabila mereka rakam kejadian itu dan dikongsi di media sosial. Walaupun ada kurang tepat, sekurang-kurangnya polis dapat maklumat awal,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori