Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rumah Ditumbuhi Pokok Disewa...

LONDON – Seorang penduduk mampu memperoleh pendapatan sehingga £40,000 (RM211,720) setahun hasil dari...

Piala AFF Suzuki 2018...

KUALA PILAH - Walaupun pasukan Harimau Malaya tewas di Hanoi, semangat patriotisme dan...

AirAsia Akan Sedia Penerbangan...

KUALA NERUS - Penyokong Harimau Malaya berpeluang ke Hanoi dengan menaiki penerbangan khas...

2 Kanak-Kanak Antara Dikesan...

PUTRAJAYA - Dua kanak-kanak berusia tiga dan dua tahun dikesan positif Covid-19 hari...

Bank Dunia Tangguh Projek Kemanusiaan Di Afghanistan

WASHINGTON – Bank Dunia menangguhkan empat projek kemanusiaan di Afghanistan yang berjumlah AS$600 juta (RM2.5 bilion) di tengah-tengah kebimbangan mengenai keputusan pemerintahan Taliban yang melarang pelajar perempuan daripada kembali ke sekolah tinggi awam, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Projek-projek tersebut, yang akan dibiayai di bawah Tabung Amanah Pembinaan Semula Afghanistan (ARTF), telah bersedia untuk dilaksanakan oleh agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia akan menyokong bidang-bidang seperti pertanian, pendidikan kesihatan dan kehidupan.

Bagaimanapun, garis panduan Bank Dunia menuntut semua aktiviti yang dibiayi ARTF perlu menyokong akses kepada wanita dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan.

“Disebabkan itu, pihak bank menetapkan bahawa empat projek itu hanya akan dibentangkan kepada para penderma ARTF untuk diluluskan sekiranya Bank Dunia dan rakan kerjasama antarabangsa benar-benar memahami situasi di Afghanistan serta yakin bahawa matlamat projek dapat diupenuhi,” kata bank itu.

Lembaga eksekutif Bank Dunia pada 1 Mac lalu meluluskan satu pelan untuk menggunakan lebih AS$1 bilion (RM4.2 bilion) daripada dana ARTF untuk membiayai bidang pendidikan, pertanian, kesihatan dan program-program kekeluargaan dengan segera.


Ia akan menjangkaui kelulusan pihak berkuasa Taliban selain wang itu dapat diagih menerusi agensi-agensi PBB serta kumpulan-kumpulan bantuan kemanusiaan.

Bank Dunia menjangkakan projek-projek tersebut dapat memberi fokus utama dalam memastikan kanak-kanak perempuan dan golongan wanita dapat mengambil bahagian serta menerima manfaat daripada sokongan tersebut.

Sebelum itu, pada Ogos tahun lalu, dana ARTF dibekukan apabila Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan di Afghanistan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori