Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Murid Di Kudat...

KUDAT - Dua pelajar lelaki tahun enam, Sekolah Kebangsaan Panudahan dekat sini, cedera...

Ahmad Husni Pernah Jawab...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengemukakan soalan...

Piala Suzuki AFF: Cheng...

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan...

Bekas Pemain Badminton Kebangsaan...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain badminton kebangsaan Tan Chee Tean meninggal dunia selepas...

Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Dalam Longkang

SEREMBAN: Bau busuk membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang di tepi Jalan Tok Ungku bersebelahan Sekolah Bukit Mewah, Rahang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 7.12 malam, saksi kejadian yang dalam perjalanan dari tempat kerja ke Pasar Malam Rahang telah terhidu bau busuk sebelum menemui mayat tersebut.

“Mangsa berpakaian baju berkolar dan vest (rompi) bertulisan security di bahagian belakang, namun mangsa didapati tidak menggunakan seluar dan berseluar dalam serta tidak berselipar atau kasut.

“Tiada sebarang dokumen diri ditemui pada mangsa dan di sekitar tempat kejadian. Bahagian Unit Pengesan Anjing (K9) cuba mengesan bahan bukti tetapi tidak menjumpai apa-apa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nanda, hasil siasatan awal pihak Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPKNS) tidak dapat memastikan punca kematian mangsa kerana keadaan mayat yang telah membengkak dan berkulat.


“Mangsa dianggarkan telah meninggal dunia lebih kurang empat hari. Tidak dapat dipastikan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa,” katanya.

Nanda berkata, punca kematian mangsa akan diperoleh daripada pihak forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini sehingga bedah siasat selesai.

Tambah beliau, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori