Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Kesan Jerebu...

SERDANG - Kerajaan akan mengkaji kesan jerebu terhadap industri pertanian negara terutamanya tanaman,...

PH Sekat 1,200 Jemaah...

BONGKAR... Sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menafikan laporan pelbagai portal tempatan yang...

Ronaldo, Ranieri Raih Anugerah...

ZURICH - Cristiano Ronaldo menyimpulkan 2016 sebagai tahun terbaik sepanjang kariernya sejurus merangkul...

Perompak Ambil Masa 2...

NIBONG TEBAL - Empat lelaki bersenjatakan parang mengambil masa tidak sampai dua minit...

Bedilan Russia Lumpuhkan Pangkalan Tentera Udara Ukraine

LONDON: Russia membedil dan melumpuhkan pangkalan tentera udara Starokostiantyniv dengan senjata ketepatan tinggi jarak jauh, kata Kementerian Pertahanan Russia hari ini.

“Tentera bersenjata Russia terus menyerang dengan menyasarkan infrastruktur ketenteraan Ukraine secara khusus.

“Pada pagi 6 Mac, bedilan dilakukan dengan senjata ketepatan tinggi jarak jauh bagi melumpuhkan pangkalan tentera udara berhampiran Starokostiantyniv,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Igor Konashenkov.

Tambah beliau, roket tentera Russia turut memusnahkan sistem peluru berpandu S-300 dikawal Ukraine.

Katanya, Russia menembak jatuh pesawat dan helikopter Ukraine dalam tempoh 24 jam lalu.


Sementara itu di Lviv, lebih 11,000 tentera Russia didakwa terbunuh sejak Moscow melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu, kata pegawai jeneral tentera bersenjata Ukraine hari ini.

Sehari sebelumnya, angka korban warga Russia dilapor melebihi 10,000 orang, namun tiada laporan mengenai angka korban dalam kalangan warga Ukraine.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori