Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Suruhanjaya Sekuriti Sedang Teliti...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti maklumat sedia ada mengenai...

3 Lagi Individu Bergaduh...

SHAH ALAM - Polis meminta tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam insiden...

Sempadan Sarawak Bebas Ancaman...

KUCHING —Sempadan Sarawak bebas daripada ancaman kumpulan militan, kata Pesurujaya Polis Kontinjen Sarawak,...

Gambar Pejabat Datuk Siti...

Beliau adalah diva, lagenda dan penyanyi terhebat di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan...

Bekalan Air 13 Kawasan Di KL Pulih Esok

Kuala Lumpur : Gangguan bekalan air tidak berjadual di 13 kawasan sekitar ibu negara susulan insiden paip pecah di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru dijangka pulih sepenuhnya awal pagi esok.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan bahawa ketika ini kerja-kerja pembaikan pecah telah siap dilaksanakan dan bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna di kawasan yang terjejas.

Menurut kenyataan itu, tempoh masa pemulihan bekalan air berbeza mengikut lokasi dan jarak premis.

“Bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian.

“Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini,” menurut kenyataan itu.


Semalam 13 kawasan sekitar ibu negara mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan kawasan yang terjejas ialah Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Kampung Cheras Baru, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra, Taman Mewah dan Taman Mestika.

Untuk maklumat lanjut para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori