Kuala Lumpur : Bekalan air di 13 kawasan di sekitar ibu negara yang terjejas berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru di sini, pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam satu kenyataan berkata, Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama mereka sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
“Pengguna boleh merujuk kepada semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor serta di Facebook, Instagram dan Twitter atau melalui talian hotline Pusat Komunikasi Air Selangor di 15300 untuk maklumat lanjut,” katanya.
-Harian Metro