Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kebebasan Bersuara Bukan Lesen...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Rakyat Thailand Paling Ramai...

KANGAR - Rakyat Thailand merupakan golongan paling ramai memeluk Islam menerusi Pertubuhan Kebajikan...

Kematian Model Belanda Patut...

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa kematian model...

Cameron Highlands Sejuk, Kenapa...

SINIS... Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Bekas Adun Rembia Meninggal Dunia

Melaka : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Norpipah Abdol meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Melaka menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pada 3.42 pagi hari ini pada usia 68 tahun.

Adun Asahan Fairul Nizam Roslan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Allahyarham meninggal dunia di IKN pada jam 3.42 pagi tadi.

“Arwah sebelum ini menderita barah dan turut disahkan positif Covid-19 ketika menerima rawatan di sana,” katanya.

Menurutnya, jenazah akan dibawa pulang ke Melaka 11.30 pagi ini sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan, Alor Gajah.


“Solat jenazah ghaib akan dilakukan di Surau Al Huda Taman Sri Pengkalan,” katanya yang turut memuat naik hantaran di Facebook.

Untuk rekod Norpipah adalah Adun Rembia selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, namun digugurkan pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke-15.

Sepanjang pembabitannya dalam politik beliau pernah menyandang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Alor Gajah dan Ketua Penerangan Wanita Umno Negeri Melaka.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori