Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Buah Zakar Membesar Seperti...

KUALA NERANG - Seorang warga emas dari Kampung Masjid Lama menderita dengan penyakit...

‘Ubat’ Untuk P.Ramasamy Daripada...

TINDAKAN tidak profesional Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy menggelar...

Akta MKN Tidak Beri...

KUALA LUMPUR - Dakwaan pembangkang kononnya Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 memberi...

Justo Tarik Balik Rayuan...

BANGKOK - Dalam satu perkembangan yang dianggap memeranjatkan, lelaki warga Switzerland, Xavier Andre...

Benarkan Keluar Caruman KWSP

KUALA LUMPUR : Kabinet perlu mengkaji semula tuntutan membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar menerusi kemudahan dikenali sebagai i-Ceria.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif, berkata pengeluaran itu perlu diberikan kepada pihak yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan mereka, bagi mendepani situasi pasca COVID-19.

Katanya, terdapat keperluan mendesak dalam kalangan rakyat untuk menggunakan sebahagian wang persaraan mereka, bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Beliau berkata, tuntutan itu semata-mata bagi memastikan permintaan ‘Keluarga Malaysia’ dipenuhi, khususnya bagi yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19.

“Ditambah pula, musibah banjir baru-baru ini, sudah tentunya merencatkan perjalanan mereka yang baru sahaja memulakan fasa kehidupan baharu. Keadaan mereka ini sudah tentunya semakin parah, bagaikan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.


“Sebagai kerajaan yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan sentiasa mendengar setiap keluhan isi hati rakyat, saya merayu bagi pihak mereka supaya kemudahan i-Ceria dapat diluluskan, agar senyuman dapat terukir kembali pada wajah ‘Keluarga Malaysia’.

“Memandangkan jaminan sambutan Aidilfitri tahun ini juga diberikan Bera (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), maka kemudahan i-Ceria ini bakal memberi makna tersendiri buat ‘Keluarga Malaysia’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan Pembahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori