Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Pekerja Asing Dalam...

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa pekerja asing di negara ini mencecah 5.5 juta...

Projek Tambak Laut: 3...

Tiga ahli parlimen Melaka telah menulis surat kepada Jabatan Alam sekitar (JAS) untuk...

Keuntungan Bersih Astro Naik...

KUALA LUMPUR - Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd untuk suku keempat berakhir...

Ab. Rauf Ketua Menteri...

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf...

Biden Beri Amaran Kepada Jinping

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden membentangkan kepada Xi Jinping kelmarin mengenai ‘akibat buruk’ yang menanti sekiranya China menyokong Rusia dalam perang Ukraine, kata White House.

Namun, Beijing tidak menunjukkan tanda-tanda akan menyertai negara-negara Barat dalam mengecam pencerobohan oleh Moscow.

Biden menyampaikan amaran itu semasa perbualan telefon selama hampir dua jam antara beliau dan Jinping yang memberi tumpuan kepada konflik Ukraine. Pencerobohan Rusia yang merupakan sekutu rapat China, ke atas Ukraine kini memasuki minggu keempat.

Menurut White House, Biden memberitahu Jinping tentang ‘implikasi dan akibat’ sekiranya China memberikan sokongan berupa bahan dan perkakasan kepada Rusia ketika tentera Moscow menyerang bandar dan penduduk awam Ukraine.

White House bagaimanapun enggan mendedahkan maklum balas Presiden China tersebut terhadap amaran Biden atau tahap tekanan yang diberikan oleh beliau.

“Ia (perbualan Biden-Jinping) bukan tentang arahan, ia bukan untuk membuat penilaian. Ia adalah tentang dialog berterusan,” kata Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki.

Beijing juga tidak mendedahkan pendirian Jinping selepas panggilan telefon tersebut.

Stesen televisyen pemerintah, CCTV sebaliknya melaporkan bahawa Jingping hanya berkata, ‘tidak ada sesiapa mahukan perang’ dan ‘hubungan antara negara tidak bolah sampai pada tahap kekerasan tentera.’

Bagaimanapun, beliau mengecam Presiden Vladimir Putin, manakala kenyataan Kementerian Luar China turut menyalahkan Barat sebagai sebahagian punca Rusia menyerang negara jirannya itu.


“AS dan NATO juga perlu berdialog dengan Rusia tentang bagaimana untuk menangani krisis Ukraine serta meredakan kebimbangan keselamatan Moscow dan Kiev,” tambah kementerian itu

Berikutan keengganan Jinping untuk mengecam Putin, Washington bimbang Beijing seterusnya akan menyalurkan bantuan kewangan dan ketenteraan kepada Rusia, langkah yang akan mengubah krisis rentas benua itu menjadi pertikaian global.

Washington sedang berusaha untuk mengelakkan krisis sedemikian dengan memberi amaran tentang ‘kesan buruk’ yang menanti China dan memberi tumpuan kepada hasrat Jinping untuk menjadi pemimpin utama dunia.

“China perlu faham bahawa masa depan negara berkenaan adalah bersama-sama dengan AS, Eropah, negara maju dan negara membangun lain di seluruh dunia. Masa depan China adalah bukan dengan menyokong Vladimir Putin,” kata Timbalan Setiausaha Negara, Wendy Sherman kepada saluran berita CNN.

Terdahulu, Setiausaha Negara, Antony Blinken mendesak China supaya menggunakan pengaruhnya ke atas Moscow.

Panggilan telefon Biden-Jinping kelmarin adalah yang pertama sejak November tahun lalu susulan pertemuan tujuh jam antara Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan dan ketua diplomat Parti Komunis China, Yang Jiechi di Rom minggu lalu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori