Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Peminat Merusuh Masuk Padang,...

CRISTIANO Ronaldo kembali ke Old Trafford tapi kali ini memperkuat Juventus pada aksi...

Khairy Harap Atlet Kekal...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap atlet negara yang cemerlang...

MH370: Pelancong Jumpa Objek...

KETIKA satu dunia sedang memberi tumpuan kepada penemuan sebahagian sayap pesawat dikenali sebagai flaperon...

Kes 3 Pekerja TNB...

 INSIDEN pencawang elektrik terbakar di Taman Yew Lai, Jalan Klang Lama hingga mengakibatkan...

Biden Lulus Bantuan Ketenteraan Tambahan RM838.9 Juta Kepada Ukraine

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kelmarin meluluskan bantuan dana ketenteraan tambahan berjumlah AS$200 juta (RM838.9 juta) kepada Ukraine yang terdiri daripada senjata serta kemudahan lain, lapor akhbar South China Morning Post semalam.

Ia menjadikan bantuan keselamatan AS yang diberikan kepada Ukraine kini berjumlah AS$1.2 bilion (RM5.033 bilion) sejak Januari 2021.

Secara keseluruhan, dana berjumlah AS$3.2 bilion (RM13.4 bilion) telah disediakan sejak 2014 ketika Rusia dilaporkan mengambil alih wilayah Crimea, demikian menurut pegawai kanan pentadbiran.

Dalam memorandum kepada Setiausaha Negara, Antony Blinken, Biden mengarahkan sehingga AS$200 juta (RM838.9 juta) yang diperuntukkan melalui Akta Bantuan Asing diluluskan untuk pertahanan Ukraine.

Dana itu boleh digunakan untuk bekalan senjata dan pertahanan lain selain pendidikan serta latihan ketenteraan bagi membantu negara itu.

Ukraine sebelum ini telah meminta lebih banyak senjata anti-kereta kebal Javelin dan peluru berpandu Stinger untuk menembak jatuh pesawat Rusia.


Menteri Luarnya, Dmytro Kuleba kelmarin menggariskan keperluan negara itu bagi bekalan tentera tambahan dalam satu temu bual dengan organisasi bukan keuntungan, Renew Democracy Initiative.

AS telah menggunakan bekalannya untuk disalurkan kepada Ukraine berulang kali yang bermula pada musim luruh 2021 dan sekali lagi pada Disember tahun lalu serta Februari lepas.

Kumpulan terakhir senjata yang disediakan oleh AS pada Februari adalah termasuk anti-perisai, senjata kecil, perisai badan dan pelbagai amunisi termasuk sistem anti-pesawat untuk menyokong barisan hadapan pertahanan Ukraine, kata Pentagon.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori