Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keganasan: Kerajaan akan Terus...

KUALA LUMPUR - Di tengah-tengah ancaman terbaharu oleh pengganas di seluruh dunia, Datuk...

Pyongyang Serah 200 Mayat...

DULUTH - Presiden Donald Trump, berkata Korea Utara sudah memulangkan 200 mayat anggota...

Tahniah! Datuk Ziela Jalil...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan juga penerbit, Datuk Ziela Jalil yang baru sahaja...

Mia Ahmad Nafi Bercinta...

KESERASIAN pasangan hero dan heroin drama Hati Perempuan telah membuatkan peminat mendambakan pasangan...

Biden Melawat Bandar Berdekatan Sempadan Poland-Ukraine

BRUSSELS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengadakan lawatan ke sebuah bandar berhampiran sempadan Poland dan Ukraine hari ini.

Lawatan itu sekali gus menandakan isyarat Barat untuk mencapai persetujuan tentang pencerobohan Rusia yang sudah menjadi peperangan sengit antara pasukan tentera kedua-dua negara tersebut.

Pesawat Air Force One akan mendarat di bandar timur Poland, Rzeszow dan membawa presiden AS sekitar 80 kilometer dari negara yang terjejas teruk akibat perang dan bergelut melawan pencerobohan Rusia.

Lawatan itu bertujuan menarik perhatian Washington untuk mempertahankan sekutu NATO.

Peperangan yang berlanjutan lebih sebulan di Ukraine akan mencetuskan ‘Perang Dunia ke-3’ seperti yang disifatkan oleh Biden.

Kengganan Kremlin menggunakan senjata nuklear dan maklumat palsu tentang senjata kimia dan biologi di Ukraine, membuatkan Kyiv dan sekutunya bimbang akan terjadi sebuah krisis yang lebih serius.


Rusia didakwa menggunakan bom fosferus dan membedil tempat-tempat awam sewenang-wenangnya, yang disifatkan AS sebagai satu jenayah perang.

Di tengah-tengah pencerobohan itu, Biden akan mengadakan pertemuan dengan Divisyen Operasi Udara AS ke-82, iaitu sebahagian daripada kerahan NATO kepada bahagian timur Persekutuan itu.

Semasa sidang tergempar di Brussels Khamis lalu, NATO mengumumkan kerahan lebih banyak pasukan ke Romania, Hungary, Slovakia dan Bulgaria serta mempertingkatkan pertahanan kimia dan nuklear sekiranya Rusia memperluaskan liputan serangan selain Ukraine.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori