Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ucapan Muhyiddin Dirujuk Ke...

KUALA LUMPUR - Video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis 'Bersama Timbalan...

Hafizh Tekad Mahu Tamatkan...

PETALING JAYA - Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bertekad mahu menamatkan kemarau...

Reman Suspek Kes Rasuah...

KANGAR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan membekukan akaun tiga...

Susu Lipas Lebih Berkhasiat...

SUSU lipas? Mungkin kedengaran sangat aneh dan menjijikkan, kerana lipas sering dikaitkan dengan...

Biden Pejam Mata Korea Utara Lancar Misil Balistik Antara Benua

PYONGYANG – Korea Utara sekali lagi melakukan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang boleh menghantar peledak nuklear ke mana-mana sasaran di Bumi, lapor akhbar New York Post semalam.

Namun, pentadbiran Presiden Joe Biden seperti tidak terganggu dengan ancaman terbaharu Pyongyang.

White House telah melakukan kajian semula dasar selama tiga bulan ke atas Korea Utara, namun tidak pernah membentangkan rancangan kukuh berkenaan isu tersebut.

Dasar luar bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama juga menampilkan strategi yang sama dan menggelarnya sebagai strategi ‘kesabaran strategik’.

Washington memulakan strateginya dengan menawarkan dialog kepada Korea Utara supaya menamatkan program nuklearnya sebagai pertukaran untuk pelbagai konsesi.


Namun begitu, sehingga hari ini, Korea Utara enggan berbincang mengenai program senjata nuklearnya sekali gus menyebabkan Biden menemui jalan buntu.

Pyongyang memberitahu dunia bahawa ia mahukan senjata nuklear taktikal seperti yang digunakan oleh Rusia untuk mengugut Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan negara-negara Barat.

Ini bermakna lebih banyak ujian senjata akan dilakukan oleh Korea Utara dalam masa terdekat dan ia sesuatu yang boleh dijangka oleh semua pihak.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori