Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guru Dipenjara 2 Tahun...

KOTA BAHARU - Gara-gara menyebar gambar dan memiliki filem lucah, seorang guru di...

Bini ‘Out Station’, Laki...

JAKARTA - INDONESIA. Seorang lelaki dicekup Polis Metro Jakarta kerana menganjurkan pesta seks...

2 Maut, 16 Hilang...

DUA orang disahkan maut manakala 16 lagi anak kapal masih hilang apabila sebuah kapal laut...

Artikel Ini Wajib Dibaca...

SEHINGGA saat ini, isu kontroversi melibatkan beberapa gadis bertudung dipeluk artis K-Pop, B1A4 sewaktu...

Buruh Warga Asing Didakwa Rogol Kanak-Kanak

Kota Bharu : Buruh binaan warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Md Kalam Molla, 32, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun lapan bulan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Terusan Limbat, Kubang Kerian di sini jam 2 pagi pada 20 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak menawarkan jaminan kerana bimbang tertuduh yang juga warga asing melarikan diri.

Md Kalam pula menerusi rayuannya memohon mahkamah memberikan jaminan bagi kesalahan terbabit.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 10 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula dan serahan laporan perubatan mangsa.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori