Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perluas Jerayawara Sosial Ke...

SEREMBAN - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati...

Rody Kristal Nikahi Atlet...

NAMPAKNYA bulan April menjadi pilihan untuk selebriti di Malaysia untuk menuju ke gerbang...

Les’Copaque, KUIN & MAiREKA...

ALOR SETAR - Pengeluar siri animasi popular Upin Ipin, Les'Copaque Production, hari ini...

Umno Tentukan Status Bertanding...

KUALA LUMPUR — UMNO akan bermesyuarat esok untuk menentukan sama ada akan bertanding...

Calon Menang Kena Berkhidmat Bersungguh-Sungguh: Hishammuddin

Kluang : “Saya harap selepas ini mereka (calon yang menang) akan berkhidmat bersungguh-sungguh,” kata bendahari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, proses demokrasi yang berjalan hari ini akan menentukan siapa wakil yang dipilih rakyat.

“Malam ini kita akan tengok siapa yang diberikan amanah untuk berkhidmat khususnya mereka yang diberikan amanah di Paloh dan Kahang di bawah Parlimen Sembrong,” katanya.

Beliau ditemui selepas selesai membuang undi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak di sini bersama isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, berdasarkan laporan diterimanya sehingga semalam jumlah pengundi yang pulang mengundi adalah berkurangan berbanding Pilihanraya Umum ke-14.

“Saya belum terima laporan penuh tetapi daripada laporan saya terima semalam , tidak lah ramai seperti dahulu, ghairah kembali.


“Tetapi semua itu hak mereka , kita tak boleh sekat kita tak boleh paksa hak untuk mengundi hak individu.

“Jadi sama ada dia balik tak balik undi siapa pun masa kempen telah berlalu, hari ini hendak mengundi sahaja,” katanya.

Beliau berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada hari pengundian didapati berjalan lancar.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori