Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pesakit Diabetes Perlu Selalu...

KUALA LUMPUR - Pesakit diabetes perlu selalu memeriksa kaki mereka bagi mengelak ia...

Kerusi Parlimen Pakatan Hanya...

KOTA BHARU - PAS menyifatkan keputusan terbaru pembahagian kerusi Parlimen antara parti komponen...

Polis Siasat Dakwaan 10...

KUALA LUMPUR - Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan 10 nelayan yang dipercayai...

Syed Saddiq Persoal Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempoersoalkan...

Cebisan Mayat Manusia Ditemui Bersama Serpihan Pesawat

BEIJING – Beberapa cebisan mayat manusia ditemui bersama-sama dengan serpihan pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di sebuah kawasan pergunungan di wilayah Guangxi, Isnin lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Ketua Jabatan Bomba Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Zheng Xi berkata, serpihan-serpihan tersebut ditemui di sekitar lokasi nahas.

“Serpihan pesawat dan mayat manusia telah diserahkan kepada pasukan penyiasat,” katanya dalam satu taklimat akhbar semalam.

Tambah Zheng Xi, pasukan bomba telah melakukan pencarian di kawasan sekitar 46,000 meter persegi sehingga pukul 7 malam (waktu tempatan) semalam.

Sebelum itu, Xinhua melaporkan kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas dipercayai merupakan perakam suara kokpit pesawat malang tersebut.

“Bahagian luar kotak rosak teruk, namun unit penyimpanan datanya agak lengkap meskipun terdapat beberapa kerosakan,” kata Ketua Pejabat Keselamatan Penerbangan, Pentadbiran Penerbangan Awam China, Zhu Tao.


Tambahnya, kotak hitam itu dihantar ke Beijing untuk dinyahkod.

“Proses memuat turun dan nyahkod data akan mengambil sedikit masa dan ia mungkin berlarutan sekiranya unit penstoran dalaman terjejas,” kata Zhu Tao.

Pasukan penyiasat akan terus melakukan pencarian satu lagi kotak hitam yang merupakan perakam data pesawat bagi menyediakan gambaran lebih menyeluruh mengenai punca nahas.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori