Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Denggi: Seorang Anak Meninggal...

KUALA TERENGGANU - Ibu kepada kanak-kanak perempuan enam tahun yang meninggal dunia akibat...

SPRM Dapati Mohd Nazlan...

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar...

Muhyiddin Doakan Calon SPM...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap para pelajar...

Pengecualian Sewa 6 Bulan...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua...

Coklat Klasik Rusia Ada Darah Lembu

MOSCOW – Coklat bernutrisi yang terkenal dari era Kesatuan Soviet iaitu Hematogen atau Gematogen dilaporkan mengandungi lima peratus protein darah lembu, lapor laman Oddity Central, kelmarin.

Di era Kesatuan Soviet, manisan juga mempunyai tujuan praktikal. Ramuan rahsia Hematogen pula dikatakan membantu pengguna untuk merawat anemia, kekurangan zat dan keletihan.

Ia dinikmati oleh kanak-kanak dan golongan dewasa dengan rasa vanila yang manis. Ia juga memberi kesan baik kepada kesihatan mereka.

Kini hematogen boleh didapati di pelbagai kedai di negara-negara bekas Kesatuan Soviet seperti Rusia dan Ukraine termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kanada malah boleh dipesan di platform beli belah online, Amazon.


Menurut akhbar RBTH, versi pertama Hematogen telah dibangunkan pada 1890 di Switzerland dan mempunyai campuran darah lembu serta kuning telur yang dikenali sebagai ‘Hematogen Gomel’.

Ia dihasilkan di rumah penyembelihan sebagai cara untuk tidak membazirkan darah lembu. Proses pengeluarannya mengambil masa kira-kira 24 jam.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori