Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Sukan Asia: Permulaan Positif...

JAKARTA - Skuad memanah kebangsaan yang memulakan saingan hari pertama di Sukan Asia...

Harun Salim Bachik Terima...

KUALA LUMPUR - Pelakon komedi, Allahyarham Harun Salim Bachik yang meninggal dunia Mac...

Adakan Kerjasama Lindungi Ummah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa agar...

Fasih Mandarin Bantu Gadis...

KUALA LUMPUR - Seorang gadis Melayu yang fasih berbahasa Mandarin telah membuktikan kemampuannya...

Cuaca Buruk Hampir Seluruh Negeri Petang Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hampir kesemua negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sedang melanda keseluruhan negeri Pulau Pinang serta Kedah melibatkan Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Perak pula, kawasan yang mengalami cuaca buruk adalah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, keadaan cuaca yang sama turut melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor termasuk Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang,” ujarnya.

Sementara itu, di Pantai Timur pula negeri terlibat adalah Terengganu termasuk Besut, Hulu Terengganu dan Dungun.

“Di Pahang cuaca buruk juga dijangka berlaku di Raub, Bentong, Maran, Pekan serta Rompin manakala di Kelantan melibatkan Tanah Merah dan Machang.


“Dalam pada itu, keadaan yang sama turut berlaku di negeri Melaka, Negeri Sembilan termasuk Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau serta Tampin manakala di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Tambah MetMalaysia, Sarawak juga mengalami cuaca buruk di sekitar Bau, Kuching, Sri Aman, Matu dan Dalat di Mukah, Kapit serta Belaga, Miri dan Limbang.

Jelasnya, Sabah turut mengalami cuaca buruk di Pedalaman termasuk Sipitang, Beaufort, Tambunan serta Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud di Pantai Barat, Tawau melibatkan Lahad Datu manakala Telupid, Kinabatangan, Beluran di Sandakan.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori