Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Mabuk Jadi `Makanan’...

PADAH mabuk. Seorang pengawal keselamatan maut selepas diserang oleh sekumpulan anjing liar ketika...

Tiada Orang Politik Dalam...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah berpendirian tidak akan mengesyorkan sebarang nama mereka yang...

30 Pelajar Malaysia Tamat...

NILAI - Proses kuarantin bagi 30 pelajar Malaysia yang tiba di tanah air...

Berpantang Ajal Buat Wartawan...

PATTANI (Selatan Thailand) - "Saya tidak sedar apabila bom meletup dan bila sedar...

DAP Baharu Mesra Melayu?

Aku terbaca laporan beberapa media baharu dan media lama mengenai DAP selepas pemilihan parti itu berakhir baru-baru ini.

Aku juga terdengar dicorong siaran radio berbahasa Inggeris semasa sedang memandu kereta tentang ulasan mereka mengenai DAP.

Antara berita yang aku terbaca adalah DAP kini mesra Melayu dan tiada lagi ‘kambing hitam’ untuk parti Melayu selepas Lim Kit Siang umum bersara.

Komentar di saluran radio pula menyebut pengundi muda atau undi18 mahukan pemimpin muda dan DAP kini tampil dengan ciri-ciri tersebut.

Sebagai bekas pengamal media aku boleh menggagak apakah agenda di sebalik berita dan intipati komentar itu disiarkan.

Lantas aku tertanya apakah media Malaysia dibawah pengaruh PH/DAP atau sememangnya media terbabit yang taksub dan taat kepada DAP.

Namun ada satu perkara aku mahu peringatkan iaitu DAP tetap DAP walau apa cuba diilustrasikan oleh media cetak, digital dan saluran radio terbabit.

Segala gambaran DAP kini bukan lagi DAP yang lama sebaliknya DAP yang baharu yang tidak cauvanis amat mencurigakan.


Perlu ingat Lim Kit Siang walau mengumumkan telah bersara politik, tetapi masih dianggap sebagai Mentor DAP.

Mentor ibarat guru. Guru akan mendidik muridnya mengenai sesuatu perkara dan dalam perkara itu Lim Kit Siang akan terus mendidik DAP.

DAP akan terus dengan agendanya yang berisiko melupuskan hak keistimewaan Melayu seperti Malaysia Malaysian, UEC dan ICERD.

Agendanya untuk mengekstradisi pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik pulang ke India untuk berdepan dengan tindakan kerajaan negara itu.

Begitu juga dalam agenda mengangkat Chin Peng sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan negara.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori