Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerana Mak Cun, Erma...

PETALING JAYA - Gara-gara watak Mak Cun, pengarah dan pelakon Erma Fatima memberitahu...

Sanusi Boleh ‘Claim’, Tapi...

SEPANG : “Dia (Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor) boleh ‘claim’ (dakwa),...

DAESH: 7 Anggota Tentera...

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh anggota Tentera Darat ditahan sejak tahun lepas kerana...

Polis Tahan 2 Lelaki,...

KUNAK - Polis menahan dua lelaki dan merampas 10,140 bungkusan rokok tanpa cukai...

Daya Jangkitan COVID-19 Varian Omicron Kekal Selama 6 Hari

WASHINGTON : Kajian terkini yang disiarkan di medRxiv menunjukkan pesakit positif COVID-19 boleh menyebarkan virus itu selama sekurang-kurangnya enam hari.

Pengarang bersama kajian dari Hospital Besar Massachusetts di Boston, Dr Amy Barczak, berkata jangka masa berkenaan merangkumi semua jenis varian dan tidak kira sama ada individu itu sudah divaksinasi atau mendapat dos penggalak.

“Penyebaran virus aktif ini, secara purata kira-kira enam hari selepas gejala (bermula), dan… kira-kira satu dalam empat mangsa menyebarkan virus selama lebih lapan hari”, katanya mengulas laporan awal kajian itu.

Kumpulan penyelidik mengambil sampel darah daripada 56 pesakit yang baharu disahkan positif COVID-19, termasuk 37 individu dijangkiti varian Delta manakala 19 orang lagi varian Omicron.

Kesemua pesakit berdepan gejala ringan seperti selesema, bagaimanapun tidak ada yang dimasukkan ke hospital.

Menurut Dr Barczak, tidak diketahui dengan tepat jumlah virus yang diperlukan untuk menyebarkan coronavirus kepada orang lain.

“Namun, data menunjukkan bahawa individu dengan jangkitan COVID-19 ringan mungkin menyebarkan wabak itu secara purata selama enam hari dan kadangkala lebih lama.

“Keputusan mengenai pengasingan dan pemakaian pelitup muka harus mengambil kira maklumat sedemikian, tanpa mengira varian atau status vaksinasi sebelumnya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan penyelidik berkata menerusi ujian makmal yang dijalankan, ubat digunakan untuk rawatan saluran darah dipanggil angioedema, ternyata berkesan sebagai rawatan untuk COVID-19.

Icatibant atau dijenamakan sebagai Firazyr oleh syarikat farmaseutikal Jepun, Takeda Pharmaceutical, ia menyekat protein yang dipanggil bradikinin reseptor b2 dalam sistem dipanggil sebagai kinin.

Protein itu dikawal oleh protein ACE2 pada permukaan sel, yang digunakan oleh coronavirus sebagai pintu masuk untuk jangkitan.


Apabila penyelidik menganalisis sel hidung yang diperoleh daripada pesakit COVID-19 yang baru didiagnosis, mereka mendapati tahap reseptor bradykinin b2 yang tinggi.

Penyelidik Universiti Teknikal Munich, Dr Adam Chaker, berkata penemuan itu membuatkan mereka tertanya-tanya sama ada menyekat protein dengan icatibant boleh melindungi sel lapisan saluran pernafasan daripada coronavirus.

“Apa yang mengejutkan kami, icatibant berkesan mengurangkan jumlah virus lebih daripada 90 peratus dan melindungi sel saluran pernafasan manusia daripada kematian sel apabila berlaku jangkitan Sars-CoV-2.

“Icatibant menggunakan laluan biokimia yang berbeza untuk melindungi saluran udara daripada steroid dan penemuan ini diterbitkan dalam Journal Of Molecular Medicine pada Sabtu lalu,” katanya.

Tambah beliau, individu dijangkiti COVID-19 yang lahir dengan kecacatan jantung mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat simptom kritikal atau sehingga membawa kepada kematian.

Dapatan itu diambil daripada kajian membandingkan 421 orang pesakit dengan kecacatan jantung yang dimasukkan ke hospital disebabkan COVID-19 dengan 235,638 pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital serta dilahirkan dengan jantung normal.

Menurut laporan yang diterbitkan pada Isnin kelmarin dalam jurnal Circulation, mereka yang mengalami kecacatan jantung kongenital adalah 40 peratus lebih berkemungkinan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Selain itu, 80 peratus lebih berkemungkinan memerlukan pengudaraan mekanikal, dan dua kali lebih banyak kematian semasa dimasukkan ke hospital, berbanding pesakit dalam kumpulan tanpa penyakit kronik itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori