Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Penahanan Pelancong Bogel, Tabloid...

AKHBAR tabloid British sengaja memberikan tajuk sensasi bagi melaporkan berita penahanan pelancong asing...

1 Maut & 30...

PATTANI - Seorang wanita maut manakala 30 yang lain cedera apabila dua butir...

Gempa 5.5 Skala Richter...

JAKARTA - Gempa bumi berukuran 5.5 pada Skala Richter menggegarkan provinsi Pulau Sumatera...

Lelaki Pakistan Menang Loteri...

ISLAMABAD - Seorang ahli perniagaan Pakistan menjadi jutawan selepas menang loteri di Dubai,...

‘Desak Bubar Parlimen, Jangan Sampai Makan Diri’

KOTA BHARU : Desakan sesetengah pihak agar Parlimen dibubarkan sejurus kemenangan diraih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan amat biadap.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian, Shahrul Fadhel Mohd Aziz terkilan dengan tindakan khalayak melaungkan ‘Bubar Parlimen’ yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menyifatkan tindakan itu amat biadap dan kurang ajar kerana kemenangan BN dalam PRN Johor adalah disebabkan perasaan yakin rakyat di bawah kepimpinan Ismail Sabri daripada parti itu yang sedang memacu negara ke arah pemulihan berikutan berbagai musibah yang melanda.

“Dalam kegembiraan meraikan kemenangan BN menggalas tanggungjawab pentadbiran, saya secara peribadi merasa sedikit ralat dan terkilan apabila terlihat di khalayak, ‘segelintir’ pihak yang melaungkan ‘Bubar Parlimen!’ ‘di atas muka’ YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan cara yang boleh dikatakan amat biadap dan kurang ajar.

“Kemenangan ini hadir bersama besarnya tanggungjawab untuk membawa aspirasi rakyat dan semestinya tidak dapat dinafikan sama sekali ‘mood’ rakyat yang menyebelahi BN ini dicapai dari rasa yakinnya rakyat dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

“Juga juga tak dilupakan sokongan padu dan jitu dari YB Presiden UMNO dan seluruh saf kepimpinan UMNO dan BN terhadap beliau, maka amat tidak wajar jika segelintir pihak ini bersikap kurang ajar kepada YAB PM seolah beliau datang pihak lawan,” katanya menerusi Facebook, hari ini.


Shahrul Fadhel berkata, pembubaran Parlimen bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah dan dilakukan dengan emosi sebaliknya banyak aspek perlu diambil kira.

Beliau turut mengingatkan bahawa jangan disebabkan sikap terburu-buru dan terlalu yakin itu akan memakan diri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) nanti.

“Jangan nanti dengan sikap terburu-buru merasa terlalu yakin membuatkan rakyat menjadi ‘meluat’ dan ‘mood’ rakyat beralih kepada pihak lain dalam PRU 15 nanti,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori