Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tukang Cat Didakwa Miliki...

KUANTAN - Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Nahas 3 Pelari, KJ...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengarahkan Pesuruhjaya Sukan Datuk...

Annuar Bertegas Mahathir Mahu...

TEGAS... Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa dirinya tidak akan...

Silat Milik Malaysia, Pencak...

BOGOTA - Empat amalan kebudayaan yang berasal di Asia dimasukkan dalam senarai warisan...

Enam Individu Ditahan Dalam Rusuhan Bersenjata

TAWAU : Gara-gara salah faham mengenai kerja membaik pulih jambatan, enam lelaki termasuk ketua kampung ditahan dalam rusuhan bersenjata yang berlaku di Kampung Kurnia Jaya pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kesemua suspek yang berusia 20 hingga 70 tahun dipercayai bergaduh sesama sendiri dengan menggunakan senjata termasuk kayu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kesemua suspek yang terdiri daripada empat lelaki tempatan dan dua warga asing ditahan di hospital dan beberapa lokasi sekitar daerah ini.

“Tiga suspek ditahan semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tawau akibat kecederaan yang dialami manakala, tiga suspek lain ditahan di sekitar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berdasarkan siasatan awal, insiden itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara penduduk mengenai kerja-kerja membaik pulih jambatan yang terjejas akibat kebakaran yang memusnahkan kira-kira 500 buah rumah pada Khamis minggu lalu.

Akibat rusuhan yang berlaku, beberapa individu mengalami kecederaan namun, tiada sebarang kematian dilaporkan seperti yang tular dalam media sosial.

Mengulas lanjut katanya, lima daripada suspek direman sehingga 24 Mac ini manakala, ketua kampung direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan pihak polis.


Jelas beliau, polis sedang memburu beberapa individu lain yang dipercayai terlibat dalam insiden rusuhan bersenjata berkenaan.

Justeru, pihak polis ingin menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan pihak polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan rusuhan bersenjata dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Rakaman video berdurasi 1 minit 10 saat mengenai insiden rusuhan tersebut tular dalam laman media sosial sejak Ahad.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori