Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

About Solving a Problem...

The collection employees should get training which will enable them all to creditably...

Bapa Dikecam Heret Anak...

BEIJING - Seorang bapa dikecam selepas dia dirakam mengheret anaknya dengan tali yang...

Kemasukan Pesakit Covid-19 Ke...

Kuala Lumpur : Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000...

Bedah Siasat Jenazah Hazlami...

Putrajaya : Jenazah pendaki Malaysia, Hazlami Ahmad Nizam sudah diterbangkan menggunakan helikopter oleh...

EPU Buat Kajian Tangani Isu Kawasan FELDA

JELI : Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan melaksanakan kajian secara komprehensif bagi penyelesaian jangka panjang menangani isu di kawasan FELDA di seluruh negara.

Menteri di JPM (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kajian itu akan dilaksanakan bagi mentransformasikan kawasan FELDA yang moden dan progresif.

“Kajian bermula tiga bulan lagi itu akan turut membabitkan libat urus EPU dengan pengurusan FELDA dan semua golongan warga FELDA termasuk badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan seperti Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) serta Kami Anak FELDA (KAF) bagi memastikan hasrat dan cita-cita golongan ini, terutama generasi kedua FELDA diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya.

“Kajian ini juga akan menjadi panduan ke arah kelestarian FELDA yang akan meningkatkan nilai komersial kawasan FELDA sebagai kawasan memberikan peluang aktiviti ekonomi dan pekerjaan,” katanya selepas merasmikan Projek Infrastruktur Pelancongan di Bukit Salor, di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli itu berkata, kerajaan berpandangan semua usaha ini perlu dilaksanakan dengan kaedah lebih holistik dan tersusun supaya warga FELDA mendapat manfaatnya.

“Antara isu sering dibangkitkan warga FELDA adalah berkaitan perumahan generasi baharu, peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi di kawasan FELDA yang kurang memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, Program Pembangunan Peneroka sedang rancak dilaksanakan yang berjaya memberi pendapatan tambahan sehingga RM1,000 sebulan kepada peserta.


“Setakat ini, kira-kira 55,000 peserta, termasuk generasi kedua terbabit dalam pelaksanaan projek ini menerusi projek ternakan dan pertanian seperti ternakan lembu pedaging serta tanaman nanas MD2 serta halia muda.

“Program ini akan diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dengan FGV Berhad yang akan bertindak sebagai rakan strategik,” katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata, Program Pembangunan Peneroka (PPP) memberi manfaat kepada 55,000 peneroka FELDA sebagai usahawan.

“PPP dimulakan pada April 2019 dengan dana sebanyak RM1 bilion. Program ini membabitkan penyertaan peneroka melalui penglibatan mereka secara plasma (individu) atau melalui koperasi.

“Sehingga kini, kerajaan meluluskan 7,225 projek PPP FELDA di seluruh negara dan 621 daripadanya adalah projek yang diluluskan di FELDA Gua Musang membabitkan 3,114 peneroka di jajahan itu,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori