Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Baru Bian Dilantik Semula...

KUCHING - Menteri Kerja Raya Baru Bian telah dipilih semula sebagai Pengerusi Majlis...

Pengganas: Juruteknik Kilang Besi...

KUALA LUMPUR - Seorang juruteknik sebuah kilang besi dihukum penjara tujuh tahun oleh...

Mahkamah Khas Kumpulan Militan...

KUALA LUMPUR - Kewujudan mahkamah khas untuk membicarakan kes dan individu yang terlibat...

Bengang Teksi Generasi Baru,...

Ekoran tumbuhnya pelbagai alternatif pengangkutan awam termasuk teksi generasi baharu di bandaraya besar...

Gaji Minimum RM1,500 Tidak Akan Dilaksanakan Tahun Ini

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan gaji minimum baharu yang dicadangkan sebanyak RM1,500 tidak akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata sebaliknya perkara itu akan diumumkan dalam terdekat memandangkan situasi ekonomi negara ketika ini bertambah baik.

Katanya, kebanyakan perniagaan juga dilihat berkembang serta menunjukkan trend pemulihan.

“Kerajaan mengambil maklum permintaan beberapa pihak untuk menyegerakan pelaksanaan gaji minimum baharu kepada kadar lebih tinggi berikutan keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.


“Namun, kadar gaji minimum yang baharu hanya akan dilaksanakan dengan melihat keperluan sebenar rakyat dan kemampuan majikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai cadangan kerajaan melaksanakan kadar gaji minimum sekitar RM1,500.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori