Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MOF Digesa Timbang Semula...

KUALA LUMPUR - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memohon Kementerian Kewangan (MOF) menimbang...

Rakyat Boleh Mohon Peruntukan...

SHAH ALAM : Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat memohon peruntukan bagi...

Penyelia Syarikat Dituduh Pecah...

SEREMBAN – Seorang penyelia syarikat perumahan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Zahid Mohon Maaf Kepada...

KUALA TERENGGANU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan permohonan...

Gempa Bumi 6.7 Skala Richter Gegarkan Pantai Timur Taiwan

TAIPEI – Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.7 pada skala Richter telah menggegarkan pantai timur Taiwan awal pagi ini, lapor laman RT.

Gegaran yang dianggarkan pada magnitud 6.7 itu dikesan pada kedalaman 10 kilometer di bawah Laut Filipina, kira-kira 63 kilometer di selatan bandar Hualien.

Gegaran itu dikesan pada pukul 1.41 pagi (waktu tempatan) di latitud 23.4 darjah utara dan 121.6 darjah timur, demikian menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) (USGS).

Ini meletakkan lokasi gegaran adalah di luar pantai timur Taiwan, dengan bandar utama terdekat ialah Hualien, dengan lebih 300,000 penduduk.


Pihak berkuasa Taipei telah menghantar mesej kecemasan kepada penduduk tempatan untuk kekal bertenang dan mencari perlindungan berdekatan.

Meskipun tahap gegaran yang berlaku di tahap membimbangkan namun pihak berkuasa AS berkata tiada sebarang amaran bahaya tsunami untuk Pantai Barat, British Columbia atau Alaska.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori