Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pembentangan Kertas Putih FELDA...

KUALA LUMPUR - Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) menangguhkan pembentangan Kertas Putih Lembaga...

Jerebu: Kualiti Udara Seluruh...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara berada dalam keadaan baik dan...

Tentera Pindahkan 470 Penduduk,...

DUNGUN - Tindakan pantas 22 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Pantai...

Vladimir Putin Dedah Kehidupan...

MOSCOW - Presiden Russia, Vladimir Putin yang terkenal kerana merahsiakan mengenai kehidupan peribadinya,...

Gerakan Kekal Bersama PN – Dominic

Parti Gerakan tetap dengan pendirian untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi segala cabaran dalam apa-apa jua pilihan raya selepas ini.

Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam kenyataan semalam berkata Gerakan akan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi memastikan parti yang sudah berusia 54 tahun itu stabil dan relevan di hati rakyat.

ā€œGerakan akan kekal bertapak dalam arena politik negara sekiranya terus membela hak dan menambat hati rakyat. Jadi, pemimpin perlu terus turun padang membantu dan mendengar masalah dihadapi mereka,ā€ katanya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin parti agar berpegang dengan ideologi parti serta tidak terlibat dengan gejala rasuah dan bersikap gila kuasa sepertimana diperjuangkan dalam PN.

Lau berkata Gerakan akan memberi perhatian terhadap 1.4 juta pengundi baharu melibatkan kumpulan umur 18 hingga 21 tahun bagi mengekalkan kestabilan dan kerelevanan parti.


Gerakan menyambut ulang tahun penubuhannya ke-54 semalam, dan Lau berkata sambutan itu menjadi titik permulaan dan persediaan pemimpin Gerakan mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Semalam, media melaporkan Gerakan akan mengadakan perbincangan dalam kalangan parti komponen PN untuk pembahagian kerusi PRU15 nanti.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori