KABUL: Seramai 24 pelajar perempuan mengadakan protes sambil melaungkan ‘buka sekolah’ di ibu negara Afghanistan, hari ini.
Protes dibuat bagi menentang keputusan kerajaan Taliban menutup semua sekolah menengah, hanya beberapa jam selepas pembukaan semula sesi persekolahan minggu ini.
“Buka sekolah! Keadilan, keadilan!
“Pendidikan adalah hak asasi kami bukannya jadi alat politik,” laung peserta protes yang dilihat membawa buku sekolah semasa berhimpun di sini, hari ini.
Protes tersebut kali pertama diadakan oleh golongan wanita minggu ini.
Taliban belum memberikan sebarang penjelasan berhubung tindakan penutupan sekolah itu.
Seorang remaja, Nawesa berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda semua orang mempunyai hak pendidikan.
Namun, katanya, Taliban merampas hak asasi dari rakyat sendiri.
“Taliban tidak boleh menindas hak kaum wanita di Afghanistan,” katanya.
UtusanOnline-