Harga bagi seliter petrol RON97 mulai esok adalah RM4, naik 62 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
RON95 dan diesel akan kekal tidak berubah masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15.
Minggu lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Azizberkata, kos purata sebenar bagi petrol RON95 bagi Mac dianggarkan RM3.70 seliter dan kerajaan memberi subsidi sebanyak 45 peratus.
Dia berkata kerajaan menganggarkan RM28 bilion akan dibelanjakan untuk subsidi bahan api – meningkat daripada RM11 bilion pada 2021 – jika harga minyak tidak jatuh di bawah AS$100 setong.
Justeru, skim subsidi bersasar akan dilaksanakan pada masa hadapan.
Purata harga minyak mentah Brent adalah pada AS$70.68 setong. Bagaimanapun, harga melonjak kepada hampir AS$130 susulan serangan Rusia ke atas Ukraine pada akhir Februari.
Rusia mengeluarkan kira-kira 12 peratus daripada minyak mentah dunia. Ketika ini, minyak mentah Brent berada pada paras AS$102 setong.
MalaysiaKini-