Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Matahari Terbit Lagi Diumum...

KUALA LUMPUR - Drama terbitan Al Hidayah Production berjudul Matahari Terbit Lagi diangkat...

DCA Tak Benarkan Samsung...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak membenarkan telefon bimbit, jenama Samsung...

UMNO Cabar Kerajaan Haramkan...

KUALA LUMPUR – UMNO mencabar kerajaan mengharamkan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong...

Pelajar Mesir Diusir Pulang...

LOS ANGELES - Seorang pelajar Mesir di California berkemungkinan dihantar pulang selepas menyiarkan...

HTJ Tubuh Pasukan Khas Siasat Dakwaan Waris Jahidah

SEREMBAN – Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat video tular waris pesakit tidak berpuas hati dengan penjagaan kakaknya di wad 6A hospital itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata, pasukan khas berkenaan yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan telah pun memulakan siasatan dalaman bagi menyiasat isu tersebut secara teliti.

“HTJ telah mengambil tindakan menghubungi pengadu bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci mengenai perkara yang telah dibangkitkan.

“JKNS memandang serius isu itu dan memohon semua pihak untuk tidak membuat sebarang andaian sehingga siasatan dalaman ini selesai sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan media di laman Facebook rasmi HTJ pada Ahad.

Menurutnya, JKNS akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

Sementara itu video berkenaan telah dimuat naik waris pesakit di aplikasi TikTok yang memaparkan keadaan kakaknya yang didakwa tidak dijaga dengan baik di wad 6A HTJ.

Video berkenan menunjukkan keadaan kaki pesakit itu berkudis, luka ‘bedsore’ di belakang badannya semakin teruk selain waris memaklumkan badannya juga kurus kering dan badan berdaki hitam sebaik saja dibenarkan keluar dari hospital.


Sebelum ini Sinar Harian juga melaporkan keluarga kepada wanita yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, mendakwa wanita terbabit tidak dijaga dengan baik sepanjang dirawat di sebuah hospital di sini sejak sebulan lalu.

Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, keadaan Jahidah yang dibenarkan keluar hospital Jumaatlalu bukan saja kelihatan kurus berbanding sebelum ini, malah luka ‘bedsore’ di belakang badannya semakin teruk.

“Saya sendiri hampir tak kenal kakak kerana sebelum ini fizikalnya berisi dan luka di belakang badannya sudah pulih, tetapi saya tengok keadaan dia seperti ‘terbiar’.

“Kedua-dua kaki kakak juga berkudis yang saya tak tahu macam mana ia boleh berlaku dan bila saya persoalkan, doktor beri alasan ia tidak dapat dielakkan untuk pesakit terlantar sepertinya,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori