Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Julia Perez Minta Kopi,...

KESIHATAN pelakon dan penyanyi sensasi Indonesia, Julia Perez yang kini sedang bertarung dengan...

Ayah Maut Depan Mata

KANOWIT - Pilu hati seorang anak melihat ayahnya maut di depan mata selepas...

Pemandu Van Edar Berita...

KUANTAN - Seorang pemandu van dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Gambar Keldai Ikut Bomba...

DEMI terselamat daripada menjadi mangsa hutan yang terbakar di Arizona, Amerika Syarikat, seekor...

ICJ Perintahkan Rusia Hentikan Perang Di Ukraine

GENEVA : Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Rusia supaya menghentikan pencerobohan di Ukraine.

Lapor agensi berita Anadolu, keputusan itu dibuat melibatkan 13 undi yang menyokong berbanding dua menolak peperangan di Ukraine dihentikan.

Bahagian kedua keputusan itu juga dimuktamadkan dengan undi yang sama.

Berdasarkan keputusan itu, Rusia hendaklah memastikan mana-mana tentera atau unit bersenjata dan mana-mana organisasi serta individu yang mungkin tertakluk kepada arahan Persekutuan Rusia perlulah menghentikan operasi ketenteraan di Ukraine.

Selainn itu, ICJ turut sebulat suara memutuskan bahawa Rusia dan Ukraine hendaklah ‘mengelakkan sebarang tindakan yang boleh memburukkan atau melanjutkan konflik’.


Mahkamah itu memutuskan, Ukraine mempunyai hak untuk tidak dikenakan operasi ketenteraan oleh Rusia bagi tujuan mencegah kematian penduduk di wilayah negara itu.

Rusia sebelum ini memboikot perbicaraan di ICJ dan mahkamah itu menzahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Moscow.

ICJ menegaskan, ketidakhadiran Rusia dalam prosiding yang ditetapkan memberi kesan buruk terhadap pentadbiran yang baik.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori