Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Asyraf Kongsi Wajah Comel...

KUALA LUMPUR - Kehadiran ahli baharu dalam keluarga penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Budak Perempuan Warga China...

KUALA TERENGGANU - Kanak-kanak perempuan warga China berusia lima tahun yang dimasukkan ke...

19 Pusat Pemindahan Di...

KANGAR - Sebanyak 19 pusat pemindahan (PP) banjir masih beroperasi di Perlis dengan menempatkan...

Berang Dengan Akaun Palsu,...

LUMRAH sebagai seorang artis atau figura awam, adakalanya pasti perlu menghadapi 'perangai' manusia-manusia...

India Pertimbang Beli Minyak Mentah Dari Rusia Pada Harga Diskaun

NEW DELHI – India sedang mempertimbangkan untuk membeli bekalan minyak mentah dan beberapa komoditi lain dari Rusia pada harga diskaun selepas Barat mengumumkan sekatan ke atas komoditi itu minggu lalu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Negara itu yang ketika ini mengimport 80 peratus daripada keperluan minyaknya kebiasaannya hanya membeli kira-kira satu peratus bekalan dari Rusia.

Bagaimanapun, dengan harga minyak mentah yang melonjak 40 peratus bagi tahun ini setakat ini, kerajaan India dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan perbelanjaannya dengan membeli minyak dari Moscow.

“Rusia menawarkan minyak mentah dan beberapa komoditi lain pada harga diskaun yang tinggi. Kami berbesar hati untuk menerima tawaran itu,” kata seorang pegawai kerajaan.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan mengenai kuantiti minyak mentah yang ditawarkan pada harga diskaun serta nilai diskaun yang diberi.

Pegawai tersebut menambah, perdagangan seperti itu memerlukan kerja-kerja persediaan termasuk pengangkutan, perlindungan insurans dan mendapatkan campuran minyak mentah yang betul.


“Apabila semua proses itu berjaya dilakukan, barulah kami akan menerima tawaran Rusia,” ujarnya.

Bagi tahun 2021, Iraq merupakan pembekal minyak mentah utama kepada India yang merangkumi 25 peratus daripada jumlah import minyak mentah negara itu.

Arab Saudi pula mengimport sebanyak 16 peratus, dan diikuti dengan Emiriyah Arab Bersatu sebanyak 11 peratus, Nigeria dengan lapan peratus dan Amerika Syarikat kira-kira tujuh peratus serta beberapa pembekal utama lain.

Sekiranya peluang itu diambil, India akan menjadi negara seterusnya yang menawarkan ‘talian hayat’ bagi sekatan ke atas Moscow selepas China memansuhkan sekatan import gandum pada hujung Februari lepas.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori