Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

SPRM Tahan Bekas CEO...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah syarikat...

Bayi Ditemui Atas Bonet...

GEORGE TOWN - Seorang pekerja kilang terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki di...

Zahid Hamidi Beri Amaran...

PUTRAJAYA - Susulan pengakuan beberapa pihak yang mengesahkan pernah ada pertemuan dengan indvidu...

‘Taman Rekreasi Berlaku Serangan...

KOTA KINABALU: Perdana Park Tanjung Aru, di sini, yang diarah tutup berikutan insiden...

Indonesia Benarkan Solat Tarawih Berjemaah

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengumumkan dua aktiviti yang kembali dibenarkan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal akan datang, lapor akhbar Kompas, semalam.

Dua aktiviti tersebut adalah pelaksanaan solat tarawih berjemaah di masjid dan kebenaran untuk pulang beraya di kampung atau mudik lebaran.

Namun begitu, Jokowi menegaskan aktivit berbuka puasa beramai-ramai dan penganjuran rumah terbuka sempena Aidilfitri bagi badan pemerintah masih tidak dibenarkan.

“Rakyat boleh menunaikan ibadah tarawih di masjid seperti biasa sepanjang Ramadan kali ini. Bagi mudik lebaran, anda perlu mematuhi beberapa syarat ditetapkan termasuk menerima dos penggalak.


“Acara berbuka puasa dan rumah terbuka Syawal bagi mana-mana badan pemerintah adalah masih tidak dibenarkan,” tegas Jokowi.

Tambah Jokowi, beliau berharap masyarakat terus mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan agar situasi pandemik yang semakin pulih dapat dikekalkan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori